nuffnang

nuffnang

Tuesday 27 July 2010

Lawak king

Aduh ketatnya
Seorang pengantin perempuan sedang disiapkan oleh mak andam.Malangnya,kasut untuk perkahwinannya telah hilang. Nasib baik adik perempuannya ada sepasang kasut dan Meminjamkan kasut itu kepadanya.Macammana pun kasut itu sempit dan tak berapa muat untuk dipakai oleh pengantin perempuan. Sebab dah tak ada kasut lain, maka terpaksalah pengantin perempuan memakai kasut tersebut.Sepanjang majlis itu pengantin perempuan terpaksa menahan sakit, tapi diamasih dapat mengontrol kejelitaan ditengah majlis itu.Sebaik tamat majlis bersanding, pengantin lelaki dan perempuan masuk ke dalam bilik tidur. Perkara pertama yang hendak dibuat oleh pengantin perempuan ialah menanggalkan kasut milik adiknya itu.Kakinya pedih tak tertahan. Ketika itu keluarga lelaki dan perempuan berada tidak jauh dari bilik tidur mereka.Alangkah terperanjat mereka bila mendengar bunyi suara perempuan mendengus dan mengerang kesakitan dari bilik pengantin. Tiba-tiba terdengar pengantin lelaki berkata, Osshh! Ketatnya! Keluarga kedua belah pihak tersenyum mendengar kata-kata pengantin lelaki.Ibu pengantin perempuan dengan bangga berkata kepada keluarga sebelah lelaki, Kan saya dah cakap, anak perempuan saya tu masih dara lagi..... Tak berapa lama kemudian terdengar pengantin perempuan menjerit kesakitan. Pengantin lelaki berkata, Akhirnya dapat juga cabut. Jangan takut sakit sikit je sayang. Kedua-dua keluarga bertambah hairan bila terdengar pengantin lelaki berkata, Mari cuba yang satu lagi. Yang ni abang rasa mesti lebih ketat. Jangan takut, kita buat perlahan-lahan. Sayang, tahan ye. eluarga kedua belah pihak berpandangan kehairanan..........
Dua2 Curang
Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama Ana.. yang juga merupakan isteri orang.. Ana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi keluar negara tadi.." Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.." Ana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahu kan saya suka lelaki yg baby-face." Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak" Ana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?" Helmi : "oklah.. oklah.. awak punya pasal.. apa saja saya sanggup" Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk kepejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan dipejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin.. Jam 4 pagi ketika Helmi balik kerumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur... tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan...dan berkata... "Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil... sekejap lagi suami saya akan pulang..!!"Citer 3Hantu KorekRumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis tidak kira siang atau malam mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran itu pastinya menganggu jiran tetangga. "Kalau aku mati...aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau.." terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya. Beberapa hari berlalu, Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tapi sebagai isteri, Minah telah menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, Jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu. "Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya. "Tidak !" jawab Minah. "Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah..!"

No comments:

Post a Comment